BLOGGER TEMPLATES AND IMVU Layouts »

gadis cantik & sepotong roti

Diriwayatkan bahawa pernah terjadi musim kemarau di kalangan bani israel.Masuklah seorang fakir di depan pintu seorang kaya seraya berkata "Berilah sedekah kepadaku dengan sepotong roti untuk mencari redha Allah SWT

Puteri dari orang kaya itu keluar membawa roti yang masih hangat dan diberikan kepada fakir itu.Lalu datang orang kaya yang celaka dan dipotongnya tangan puterinya.Lalu Allah SWT merubah keadaannya dan menghilangkan semua hartanya.Jadilah dia fakir dan meninggal dalam keadaan hina.Sedang puterinya berkeliling dari pintu rumah ke pintu yang lain dengan meminta-minta.Dia seoarang gadis yang cantik jelita.

Suatu hari gadis itu datang di depan rumah seorang lelaki kaya.Keluarlah ibu lelaki itu dan dia memandang puteri itu dan memperhatikan kecantikannya serta menyuruhnya masuk dalam rumahnya.Dia merasa tertarik dan ingin mengahwinkan dengan anaknya.Setelah dia mengahwinkannya,dia menghiasinya dan menghidangkan di hadapannya sebuah hidangan makan malam.Puteri itu mengeluarkan tangannya sebelah kiriuntuk makan bersama suaminya.Melihat keadaan itu suaminya berkata "Sesungguhnya aku memang sering mendengar bahawa orang fakir kurang pendidikan.Keluarla tangan kananmu"

Puteri itu tetap mengeluarkan tangan kirinya dan berkali-kali suaminya melarang.Terdengar satu suara dari sudut pintu,"Keluarlah tangan kananmu,hai perempuan hamba Allah.Benar-benar engkau memberi roti itu kepada Allah.Tentu Allah akan memberikan tanganmu kepada dirimu."

Mkaka dikeluarkannya tangan kanannya dalam keadaan utuh berkat kekuasaan Allah SWT dan makanlah bersama suaminya...


DEMIKIANLAH CRITA DR SEBUAH BUKU YG AKU PNH BCA,TERNIAT NK KONGSI NGN PEnggodek2 BLOGGER,MOGA BEROLEY PENGAJARAN;)

2 pelangi:

Eyriqazz said...

thanks for sharing..jgnla kita bongkak dan riak

Ada Apa Dengan BeautifulNara

Dr House said...

Motivasi yang bagus